PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini, menetapkan keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sama ada dibebaskan atau kekal dihukum penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta atas sembilan kes rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, pada 31 Januari tahun depan.
Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz mengesahkan perkara itu, selepas prosiding sebutan rayuan berkenaan, di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Huda Humaira Idris.
Menurutnya, pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.
"Kami jangka notis baharu dikeluarkan mahkamah berhubung perkara ini," katanya, selepas dihubungi media, sejurus selesai prosiding yang diadakan secara dalam talian.
Pada Isnin, mahkamah menangguhkan keputusan rayuan Isa terhadap hukuman penjara dan denda itu, ke tarikh lain.
Bagaimanapun, alasan penangguhan prosiding keputusan berkenaan belum dimaklumkan kepada pihak media.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah, memutuskan dapatan kes, pada jam 9 pagi.
Dalam rayuan, bekas pemimpin UMNO itu diwakili peguam, Datuk Salehuddin Saidin manakala pendakwaan sebagai responden oleh Afzainizam.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 74, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhi tertuduh hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan, kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 28 2023
Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa (gambar) atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.